Tuesday, May 31

Ermm.. BERSYUKURLAH!


Saya nak kongsi satu cerita...

Kejadian ini berlaku pada 14/11/2010 kira2 jam 8.00 malam di salah sebuah restoran Burger King...

Saya baru lepas basuh tangan, selepas menghabiskan set Whopper... Sementara member saya juga dah berhenti makan, tapi burger dia tak habis (tinggal roti je.. daging die dah telan semua).. Tiba2 meja kami  didatangi seorang lelaki berbangsa Melayu, memakai kemeja dan bertubuh gembal.. Usianya kira-kira 20an...

Tujuan dia datang ke meja kami adalah untuk meminta lebihan makanan kami... Ya, kami terkejut.. Sambil membiarkan saja dia membawa pergi dulang yang berisi lebihan burger tu..

Lelaki tu duduk di meja betul2 belakang kami lalu menghabiskan sisa burger tersebut... 

Kemudian, dia berlalu ke meja lain dan menghirup lebihan air minuman yang ditinggalkan pelanggan lain.. Begitulah yang dilakukannya, berpindah dari satu meja ke meja lain dan mengutip sisa makanan yang ditinggalkan..

Kami hanya melihat gelagatnya.. Dalam hati, timbul rasa simpati...

Di saat kita punya pilihan untuk makan apa saja yang kita suka, ada segelintir manusia yang tak bertuah seperti kita... Dia hanya mampu memilih samada merasa malu atau membuang rasa malu dengan memakan sisa makanan orang...

Betapa bertuahnya kita, tapi pernahkah kita bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan kepada kita? Kalau ada pun, mungkin sekejap je, kemudian kita lupa balik untuk bersyukur...

Maka, mulai sekarang, mari sama2 kita belajar bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan pada kita.. Ingatan ini untuk diri saya juga.. :D



INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA
1. KAYA sebelum MISKIN
2. MUDA sebelum TUA
3. LAPANG sebelum SEMPIT
4. SIHAT sebelum SAKIT
5. HIDUP sebelum MATI

Saturday, May 28

Maaf, ku tak sempurna. Tapi..





Kalau awak mahu yg cantik..  Maaf, itu bukan saya..
(tapi saya cuba untuk sentiasa kelihatan cantik di mata awak)

Kalau awak mahu yang kaya.. Maaf, saya papa kedana..
(mungkin saya dari keluarga susah, tapi saya akan pastikan itu akan berubah)

Kalau awak mahu yang baik.. Maaf, saya biasa2 aje..
(tapi saya akan selalu perbaiki diri ke arah positif)

Kalau awak mahu yang terpelajar atau berkerjaya.. Maaf, saya tak punya apa2..
(tapi saya ada impian yang besar, mungkin awak tak tahu)

Kalau awak mahu yang sempurna.. Maaf, saya bukan orangnye...
(sudah tentu saya ada kekurangan dan kelemahan)

Sebaliknya...

Jika awak mahu yang tulus mencintai awak.. Ya.. SAYALAH ORANGNYA... :)
(saya terima awak apa adanya, harap awak begitu juga)




#Maaf, ku tak sempurna. Tapi aku tulus dalam mencintai ;)