Monday, July 25

Kejam?

Kau kata ini kejam?

Tapi bukankah realiti hidup ini memang kejam?

Kau sering bertanyakan 'mengapa'...

ada pertemuan tapi ada perpisahan?

ada saat bahagia tapi datang bersama derita?

ada ketawa tapi berakhir dengan air mata?

Kita dah selesa dengan kehidupan tapi dikejutkan dengan kematian

Kemudian kau bertanya lagi...

lalu apakah yang tinggal??






Hidup ini..
Tidak macam yang selalu kita inginkan Tapi hidup ini.. Kita masih berupaya menentukan jalannya Andai kita pilih jalan yang betul, akhirnya kita akan diberi ganjaran yang selesa di akhirat sana (Syurga). Masihkah kau ingin katakan semua ini 'kejam'?


Kawan oh Kawan!

Kawan..
Nape nak berlawan?
Kau kata kawan..
Tapi suka lawan-lawan

Kawan..
Nape makan kawan?
Kau kata sayang kawan..
Tapi pijak kepala kawan..

Kawan..
Sampai bila nak berlawan?
Sampai bila tak nak kawan?
Sampainya hati kau, kawan!

Kawan..
Hatiku rawan..
Melihat gelagatmu kawan..

Kawan..
Walau suka lawan-lawan
Kau tetap ku panggil kawan
Kerana bila kau jadi kawan, selama2nya kita tetap kawan.

Sunday, July 17

HANTU, tolong pergi!

Kau menyapaku waktu siang

kau menegurku kala malam

kau menggangguku waktu sibuk

kau mengusikku kala lapang

kau hadir tanpaku pinta

kau datang entah untuk apa

kau umpama lembaga

menghantuiku tiap masa

aku merayu agar kau tak lagi bertandang

aku berdoa agar kau temui jalan pulang




#Silalah pergi main jauh-jauh.. Syuh2! Pleaseee!

Friday, July 15

Jantan Bajingan?



Kalau korang dah bace cerita 'lnikah Cinta?', ni pula kesinambuangannya..



"Haramjadah punya jantan!"
"Jantan bajingan!"
"Anak haram!"
"Aku sumpah hidup kau takkan tenang!"
"Setannn!!!"
"B*bi betul la!"

Hawa meracau-racau macam orang gila. Hatinya sangat marah. Pedihnya menusuk ke jiwa. Semua angkara lelaki yang bernama Adam.

"Woi Hawa!" tiba2 dia disergah.
"Kau marah sangat si Adam tu untuk apa? Pandai pulak kau haramjadah orang tu. Masa kau buat kerja haram ngan dia dulu tak pulak ko ingat pasal halal-haram. Kau panggil dia babi, perangai kau dulu tak ubah macam babi, pernah kau ingat? Anak haram? Yang dalam perut kau tu yang anak haram, kau tahu?"

Hawa terdiam. Tapi hanya seketika. Kemudian dia meracau-racau lagi dalam esak tangisnya.

"Ah, jantan tu takkan selamat. Mati la kau!"

"Sudah la Hawa", kali ini Nur melembutkan suaranya. "Yang perlu diselamatkan sekarang, diri kau tu, dan baby dalam perut tu. Adam tak kan kembali pada kau. Dia tak kan bertanggungjawab. Percayalah cakap aku"

Hawa hanya diam. Sedang air matanya masih mengalir mencurah-curah.

"Lagipun tak kan lelaki macam tu kau nak buat suami? Kau mahu?" Nur menyambung.

Dalam hati Nur, dia turut rasa tersiat-siat atas perbuatan Adam. Tapi dia tahu, bukan Adam yang patut disalahkan. Cuma dia kesal, nasihatnya selama ini tak pernah Hawa peduli. Bila nasi dah jadi bubur, apa pun dah tak guna lagi.




#Okey, sambung lain kali... hehe..

Inikah Cinta?



Adam tersenyum puas. Sudah berbulan2 dia 'mengayat' Hawa, tapi kini baru berjaya. Maklum la, Hawa cantik. Ramai memuja Hawa. Ramai ingin memiliki hatinya. Adam tahu dirinya tak seberapa jika dibandingkan dengan lelaki2 yang sedang memburu hati Hawa.

Tapi sekarang ternyata dia telah berjaya. Dengan 'ayat power'nya, Hawa kini menjadi miliknya. Adam bukan saja berjaya memikat hati Hawa, malah berjaya memerangkapnya juga. Kini Hawa dalam pelukannya!

Dia tidak sangka gadis secantik Hawa boleh terpikat dengannya. Rupa tak ada, harta lagi tak ada. Yang dia punya, hanya ayat manis yang bisa buat siapa2 tergoda. Cuma bezanya, Hawa tak macam gadis2 lain yang mudah jatuh ke tangannya. Agak sukar untuk menembusi hati Hawa. Ah, itu tak penting. Yang penting Hawa dah jadi miliknya sekarang.

Saat dia mengajak Hawa datang ke rumahnya, Hawa tak menolak, juga tak memberi kata persetujuan. Hawa hanya membatukan diri. Dalam hati Adam berbisik ''diam tandanya setuju'' sambil dia tertawa nakal, juga di dalam hati. Sampai di depan rumah, ketika itu jam menghampiri 1 pagi, Adam memberhentikan keretanya. Dia memandang Hawa lalu mempelawanya keluar kereta.

"Jom"

Hawa diam saja.

"Jom la masuk. Ni la dia rumah abang"

Hawa diam lagi.

"Sayang? Nape ni? Tak suka? Tak nak tengok rumah abang?"

Hawa masih diam.

"Okey, abang minta maaf. Abang hantar sayang balik ya?"

Hawa masih tidak bersuara. Tapi dia menggeleng2kan kepalanya perlahan2.

"Tak mahu balik?"

Hawa geleng lagi.

"Kita masuk dalam ya?"

Hawa masih menggelengkan kepala.

Masuk tak nak. Balik pun tak nak. Mana satu ni. Tapi Adam faham. Dia dah biasa dengan situasi ni. Dia tahu Hawa bukan tak mahu mengikutnya. Dalam hati Hawa itu 'mahu tapi malu'

"Aku perlu bertindak", bisik hati Adam. Dia tahu caranya. Dia keluar dari kereta, lalu pergi ke pintu tempat Hawa duduk. Adam buka pintu kereta. Dipegangnya tangan Hawa. Perlahan2 tangan itu ditarik keluar. Hawa menggerakkan badannya. Satu persatu kakinya keluar dari kereta. Adam segera menutup pintu kereta. Dipimpinnya tangan Hawa sambil menghampiri pintu rumah.

¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤

Dalam cahaya samar-samar itu, Adam dan Hawa sedang melayari dunia mereka. Dunia yang seolah-oleh hanya mereka yang punya. Sambil berbaring di atas katil yang sederhana saiznya, tangan kasar Adam membelai rambut Hawa. Sesekali dahi Hawa dikucup. Sedang tangan Hawa sedang erat memeluk pinggang Adam. Adam tersenyum bahagia. Begitu juga Hawa. Walaupun pertama kali bagi Hawa, dia langsung tidak kekok bersama insan yang dicintainya itu.

Perlahan-lahan tangan gatal Adam menerokai setiap inci tubuh Hawa. Hawa tidak marah, malah merelakan. Pada ketika itu, kedua2nya telah lupa pesan ibu, nasihat ayah malah peringatan yang sentiasa diberikan oleh guru2 apatah lagi suara teman2. Agama diletakkan ke tepi, dosa-pahala mereka dah tak peduli. Begitulah lemahnya manusia yang menjadikan syaitan sebagai raja di hati.