Tuesday, June 7

Aku, Dia dan Kerja




Aku tak berapa 'happy' kebelakangan ni. Sejak dia pergi Johor hari tu, dia dah banyak berubah. Ya, banyak.

Sebelum dia pergi Johor lagi, aku rindukan dia sangat-sangat. Rasa macam dah lama tak jumpa dia. Aku mula berkira-kira untuk berjumpa dengan dia setelah beberapa hari menanggung rindu. Tapi tiba-tiba, dia menyampaikan kepadaku satu berita. Berita yang aku merasa benci mendengarnya.

Menurutnya, dia terpaksa 'outstation', ke Johor. Aku terkedu. Musnah harapan aku untuk bertemu dia. Tambah-tambah lagi bila dia kata dia kena pergi untuk tiga hari. Itu buat aku bertambah terseksa. Sumpah, aku sedih sangat masa tu. Aku tak sanggup nak tunggu tiga hari pun.

Malam yang dia akan berangkat keesokan harinya, aku tersangat sedih. Aku tak tahu kenapa aku begitu sedih selain aku terlalu rindukan dia. Rasa macam aku dah takkan jumpa dia lagi. Rasa seperti dia akan pergi buat selama-lamanya. Aku menangis dan menangis serta menangis tanpa henti. Sampai mata aku bengkak-bengkak. Sedihnya sukar untukku gambarkan.

Malam itu aku telefon dia, masih menangis. Dia minta aku berhenti menangis dan menyuruh aku bersabar serta mengingatkanku yang pemergiannya atas urusan kerja, bukan berjalan suka-suka. Tapi aku seakan tak mahu mengerti tuntutan kerjanya. Terasa bagai nak marah dan ingin mempersoalkan mengapa kerjanya begitu. Apa yang aku tahu, aku hanya mahu dia berada di sampingku pada masa itu.

Malam itu aku menyedari sesuatu, iaitu aku tak mampu berjauhan dengannya dan aku terlalu cintakan dia. Oh tidak. Mengapa aku harus alami perasaan ini? Seksanya amat berat kurasakan.

Sepanjang tiga hari pemergiannya, aku ada cuba hubungi telefon bimbitnya. Malangnya, nombor dia tak dapat disambungkan. Arghh. Aku sedih lagi. Ya, aku tersangat rindu padanya. Kadang-kadang air mataku menitik bila teringatkannya. Aku merasakan hariku sangat kosong. Aku maksudkan benar-benar kosong.

¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤

Selepas dia pulang dari Johor, aku dapat berjumpa dia semula. Ya, rinduku terubat. Sedikit. Mengapa tidak banyak? Entahlah. Aku dapat rasakan dia telah berubah. Dia seperti tak memerlukan aku macam dulu. Samada ini perasaan aku saja, atau memang begini, aku benar-benar tidak tahu. Aku tak mahu tahu. Aku tak peduli pun. Aku dah tak kisah sekarang.

¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤

Ketika ini, sangat susah untuk aku tembusi talian telefonnya. Kalaupun nombornya dapat dihubungi, jarang sekali dia menjawabnya. Alasan yang selalu aku terima, "abang 'busy''', ''waktu kerja abang dah tak macam dulu. Abang dah tak boleh luang banyak masa dengan ayang macam dulu". Arghh. Balik-balik kerja. Balik-balik kerja. Tapi aku ni macam tak faham pula. Kalau dia tak kerja, macammana? Siapa nak bayar sewa rumah? Ansuran kereta? Makan? Macam-macam lagi. Bukan. Bukan aku tak mahu mengerti kerjanya. Cuma aku benci bila kerjanya menjadi penghalang buat aku dan dia bersama.

Aku rindukan waktu dulu. Waktu dimana jadual kerjanya belum berubah macam sekarang. Banyak masa dapat kami luangkan bersama. Tapi sekarang, kerjanya seolah-olah mencemburui kami. Aku tahu, dia perlu utamakan kerjanya berbanding aku. Lalu, mahu tak mahu, aku terpaksa bersabar saja. Andai ditentukan aku dengannya, pasti ada jalan untuk kami bersama.


No comments:

Post a Comment

Awas! Dilarang menggunakan kata-kata kesat.