Friday, August 26

I Don't Love You Like I Did Yesterday



Ini sambungan kisah I Love My Ex-Boyfriend. Sape yang belum baca boleh baca kat sini.

25/8/2011-Khamis

Dia datang menghampiri aku yang sedang buat kerja.
"Iza"
"Ya"
"Aku last harini"
"Nape pulak?"
"Aku berhenti"
"Kenapa?"
"Tukar company lain"
"Kenapa baru bagitau aku sekarang?"
"Ape?" (dia tak dengar soalan aku)
"Takde ape-apelah"

"Err Iza"
"Ya"
"Kau akan rindu aku tak??"
Aku terus berlalu dari situ tanpa memberi sebarang jawapan..

..............................................................................................


Aku sambung buat kerja. Aku sibuk sangat. Tiba-tiba dia datang lagi.

"Iza, ko akan rindu aku tak?"
Aku diam.
"Aku rindu kau sepanjang masa, setiap minit, setiap saat"
Aku masih diam.



..............................................................................................

Sekali lagi dia menghampiri aku.
"Iza"
"Sebenarnya aku tipu kau"
"Hmm?"
"Aku tak berhenti pun. Aku saja nak tahu kau akan rindu aku ke tak"
Aku tak tahu nak cakap ape. Serius.





Nota : Perbualan sebenar dalam Bahasa Inggeris jugak.
#Dear my ex-bf, I dun love you like i did yesterday.
Huraian : Aku takde sebab untuk mencintai dia lagi. Tuhan telah tetapkan hubungan kami berakhir, jadi aku perlu redha. Sekarang masa untuk aku fikir lelaki lain. Haha.

Monday, August 22

Aku Kan Kakak

Cukup sebulan aku bersedih, berduka, terleka, termenung, macam orang bodoh. Eh? Ya, memang bodoh pun (Malas aku ceritakan sebabnya) Jadi aku rasa dah sampai masa untuk aku bergembira semula seperti sebelumnya. Aku sudah berazam tiada episod duka lagi dalam hidup aku. 

Semalam aku lalui hari yang sangat membahagiakan walaupun takde apa yang menarik pun berlaku. Mungkin aku dah mula positif kembali, jadi semua pun aku nampak positif. Tapi tiba-tiba aku diuji lagi. Ya, aku sedih teramat sedih. Sebenarnya aku terkilan kerana orang yang menyakiti aku merupakan orang yang terlalu dekat dengan aku, orang yang aku percaya dan orang yang aku sayang.

Lalu aku bertanya pada diri aku sendiri "Kenapa Tuhan selalu uji aku?"
"Sebab Tuhan sayang aku" aku jawab sendiri jugak.

Kemudian aku tak jadi menangis. Aku berazam untuk jadi lebih kuat. Aku berharap agar seserang itu lebih tahu menghormati aku sebagai kakaknya.

"Aku kena mengalah. Aku kan kakak" hati aku berbisik, sedapkan hati sendiri.

Friday, August 19

Aku dan Raya

Raya. Apa itu raya? Kalau tanya orang lain, mungkin diorang boleh jawab, tapi bagi aku aku tak pernah kenal erti raya yang sebenar.

Hari raya mungkin hari yang ditunggu-tunggu oleh kebanyaan orang, tapi bukan aku. Sebab apa? Mungkin kehidupan yang serba sederhana menjadikan aku tidak pernah peduli soal raya. <-- eh dah kenapa aku buat ayat sedih pulak

Baju raya, kuih raya, cuti raya, duit raya, lagu raya, solat raya, semuanya termasuk la main mercun/bunga api, pasang pelita, balik kampung dll tak pernah aku amik pusing.

Hari raya tak banyak beza dari hari-hari lain. Aku biasanya akan buat rutin yang sama. Tiada istimewanya hari raya bagi aku.

Baju raya tak ada pun takpe, aku tak kisah langsung
Lagu raya tak pernah terkesan di hati aku
Aku tak pernah diajar main bunga api seumur hidup aku <-- Haha. Macam tipu je kan?

Cuma satu je, aku biasa bagi kat raya kat orang, sebab aku tahu orang lain sambut raya. Mungkin aku sorang je yang tak beraya. Ehe.
Aku tahu ini ketupat walaupun aku tak raya. Ahaha.




#Ini bukan kisah sedih, ini realiti.


Tuesday, August 16

I Love My Ex-Boyfriend



8/8/2011-Isnin
Aku duduk di suatu ruang yang agak tersorok. Tiba-tiba aku rasa sebak sebab aku teringat  ex-boyfriend aku dan aku terus menangis. Aku harap takde orang nampak. Tapi dia dah perasan dari jauh. Dia datang menghampiri aku. Aku cepat-cepat tekup muka kat lutut.

"Kenapa ni?" Dia cuit bahu aku.
Aku cepat-cepat tepis. Benci betul laki suka-suka sentuh aku.
"Err sori"
Aku diam. Aku kesat air mata.
"Nape kau sedih?"
Aku geleng kepala. Dia pandang aku dengan penuh tanda tanya.

Dia cakap dia ada sesuatu nak bagitau aku, jadi dia minta no fon aku. Dia kata, dia kena cakap kat fon, baru dia dapat luah (err aku macam dah dapat agak). Aku cakap kat dia, henfon aku rosak. Aku tak tipu. Memang henfon rosak. Dalam hati aku lega tak payah bagi dia no fon aku. Kemudian dia minta emel Facebook. Aku bagi yang tipu punya. Ah jahatnya aku!





9/8/2011-Selasa
Akhirnya dia luah juga..
"Iza, aku cinta kau"
"Kenapa? Kenapa aku?"
"Sebab aku suka kau"
"Tak, aku tak boleh"
"Jangan bagi jawapan sekarang. Aku nak respon dari kau esok"




10/8/2011-Rabu
Aku seboleh-bolehnya menjauhkan diri dari dia. Aku tak nak bertegur dengan dia. Aku tahu dia selalu curi-curi pandang aku dari jauh.



11/8/2011-Khamis
Aku mengelak lagi. Kadang-kadang dia senyum kat aku tapi aku balas dengan senyuman pahit.



12/8/2011-Jumaat
"Iza, aku tengah tunggu respon dari kau"
"Respon ape?" Aku buat-buat tak faham.
"Kau faham maksud aku"
"Tak, aku tak faham"
"Aku tahu kau faham"
"Betul, aku tak faham la"
Dia berlalu pergi.



13/8/2011-Sabtu
Mungkin dia perasan, aku selalu menjauhkan diri dari dia. Aku memang mengelak dari bertentang mata dengan dia.

"Iza, kau marah aku?"
"Tak"
"Kau ok?"
"Ok. Kau?"
"Aku tak. Aku sedih kau tak terima aku"
"Aku tak boleh"
"Pleaseeeee"
"No"
"Pleaseeeeeeeee"
"No"

Sejak dari tu dia selalu cakap dia sedih, sedih, sedih dan sedih. Aku tak tahu nak buat macamana lagi. Aku tak cinta kau okey? I still love my ex.


Nota : Perbualan sebenar dalam Bahasa Inggeris
#Dear my ex-bf, I love you. I always do.

Gua dan Telefon Tangan



Sudah dua minggu berpuasa, maka bersamaan la dengan umur handphone gua rosak. Selama dua minggu ni memang gua tak pakai telefon.

Tapi gua takdek hal. Sebab henpon gua tu fungsinya untuk alarm je. Selain dari tu henpon gua memang jarang berbunyi sebab takde sape nak contact pun. Orang takde boyfriend macam ni la. <--- Ayat minta simpati

Sebenarnya kalau gua terus tak pakai fon sampai bila-bila pun tak jadi masalah bagi gua, tapi mungkin jadi masalah bagi orang lain contohnya bakal boyfriend gua sebab tak dapat contact gua. Huahuahua. 

Gua ni sebenarnya bukan jenis yang suka balas mesej atau jawab kol. Lagi-lagi nombor yang gua tak kenal. Memang nasib lu baik la kalau gua jawab. Bayangkan, orang yang gua kenal pun gua tak suka jawab, apatah lagi yang gua tak kenal. So lu pikir la sendiri kan. 

Orang yang biasa contact gua dia akan faham. Gua akan balas atau jawab bila gua suka je. Memang haram perangai gua ni. Baru korang tahu kan? Tapi gua pelik, ada juga yang tak pernah putus asa mesej gua beratus kali walaupun gua tak pernah jawab. Gua suka orang yang tak kenal erti putus asa. Tapi gua rasa orang macam ni, bukan tak putus asa, tapi tak reti bahasa. Ops terlebih sudah. Haha.

Gua bukan berlagak ke hape sampai taknak jawab mesej atau kol lu orang, gua cuma tak minat kecuali lu boyfriend gua. Hehe. Gua memang malas nak taip-taip ni. Sebenarnya gua lagi senang kol terus. Tapi masalahnya pulak gua tak suka borak-borak kosong. Biasanya orang yang kol gua sebab nak sembang-sembang kosong je, bukan ada hal penting pun, sebab tu gua tak suka jawab. Ok tak alasan gua?

Ok. Lantak lu orang la nak marah ke ape. Gua punya telefon gua punya pasal la. Boleh tak macam tu? Sekali lagi perangai gua memang haram. Haha.

Abaikan gambar kat skrin henpon tuh #pesanan  penaja


Tada! Lu orang nampak tak gambar henfon kat atas ni? Kalau tak nampak konfom lu anak haram. Err yang haram tu bukan gua ke? Ok. Kalau lu orang nak tahu, ni la henfon baru gua. Sebelum ni gua guna henfon Nokia X3. Kalau tak tahu dan kalau nak tahu, sila Google okeh.

Kata lu orang : Eleh tadi kata bole hidup tanpa henfon bagai, tapi baru dua minggu je pun dah dapat henfon baru. Cakap tak serupa bikin betul la.
Kata gua : Kan dah bagitau tadi gua memang haram. Kahkahkah.


Sebenarnya henfon nih gua dapat free selepas gua berjaya memujuk, merayu dan membodek adik laki gua. Setelah menggunakan segala skill menggoda yang gua ada, akhirnya henfon ni jatuh kat tangan gua jugak. Hehe. Ok, gua tahu lu orang nak kata gua kakak haram. Apa ade hal? Ada gua kesah? Haha.


Walaupun henfon ni tak la secanggih iphone atau blackberi korang tuh, gua tetap hepi sebab dapat henfon free. Kau ado? 






#Maaf kalau gua terkasar bahasa

Monday, August 15

Senyum :)


Tiba-tiba aku rasa nak tulis pasal 'senyum' ni. Sebab aku sangat suka senyum dan aku benci orang yang susah senyum. Aku perasan memang ramai orang tak suka senyum.

Dari sekolah lagi aku memang suka senyum. Sampai kawan-kawan tegur. Eh, salah ke aku nak senyum? Senyum tu kan sedekah. Lagipun senyuman aku manis, apa salahnya aku tunjuk kat orang. Ahaks.

Bila berjalan-jalan di shopping complex contohnya, aku suka senyum kat sesiapa yang berselisih dengan aku (dah tentu bukan semua orang la). Tapi kadang-kadang bila senyuman tu tak berbalas, malu juga. Huhu. Bermula dari senyuman la aku dapat kawan, atau boyfriend. Haha.

Senang je senyum ni. Nak senyum bukan perlukan bayaran pun. Tapi ada orang kata, nak senyum memang tak perlu bayar, tapi sebab tak dibayar, jadi tak perlu la senyum. Eh?

Bagi aku, orang yang wajib senyum walaupun diorang ni tak suka senyum adalah orang yang bekerja sebagai jurujual, juruwang, bekerja di kaunter-kaunter (seperti kaunter bank mahupun pejabat pos) dan banyak lagi (malas aku nak senaraikan semua kat sini-korang fikir la sendiri) sebab mereka ni berurusan dengan pelanggan. Selain itu, mereka juga mesti ramah dan bercakap dengan lemah lembut supaya orang ramai selesa berurusan dengan mereka.

Bagi aku, memberi senyuman ni sesuatu yang menguntungkan selain dapat pahala. Pernah suatu ketika, selepas memberikan senyuman, beberapa jam kemudian aku dihadiahkan sepasang kasut Nike berharga RM200.Tak pasal-pasal dapat durian runtuh. Kan untung tu. Hehe.

Ada satu lagi pengalaman semasa aku bekerja sebagai jurujual dalam 5-6 tahun lepas. Aku layan sorang customer ni 'tiptop' bak kata orang. Sebelum dia balik dia hulur wang kertas RMXX. Err aku tak ingat berapa sebab kejadian ni dah lama. Katanya, dia suka layanan aku. Rezeki lagi. Ngee :') <-- Eh ni aku dah keluar topik eh? Abaikan. Hehe.

Ok. Aku ada satu teori. Orang yang selalu senyum walaupun ketika dia tak senyum, akan kelihatan seperti dia sedang tersenyum. Maksudnya orang tengok wajah dia manis je, macam sentiasa tersenyum. Begitu juga sebaliknya. Sebab tu ada orang yang kita tengok jenis yang sentiasa masam. Ni gara-gara kurang senyum la. Tapi cuba sekali tengok dia senyum, perghhh, manis pun. Ni teori aku je. Tapi muka aku biasa je walaupun suka senyum. Tak manis pun. Erk? Macam salah je teori aku tadi. Hahaha.

Akhir kata (eh macam bersyarah pulak-teringat dulu masa sekolah masuk pidato) senyum aje la banyak-banyak walaupun dalam hati tersimpan seribu duka yang tersembunyi (macam aku).  



#Suka senyum masa tengok cermin. (Perasan cantik).

Saturday, August 13

Sengal


Hari ni aku bangun sahur macam biasa. Mula-mula aku agak malas nak bangun sebab aku rasa mengantuk yang luar biasa. Aku cuma tidur 1 1/2 jam je. Tapi aku teringat siang tadi aku cuma berbuka dengan beberapa suap nasi, dan demi mengejar pahala bersahur, aku bangun juga. Sebenarnya aku memang tak pernah miss sahur semata-mata nak kumpul pahala. Ada cara mudah nak dapat pahala, kenapa tak nak amik kesempatan kan?

Aku buka peti ais, keluarkan lauk yang ada dan terus panaskan atas dapur. Nasi awal-awal aku dah masak sebelum tidur tadi. Kemudian aku makan dengan berselera sekali walaupun mata aku antara buka dan tutup je. Ngantuk sangat! Aku makan sorang-sorang je. Adik aku, si Angah  tu cuma bangun untuk minum air, begitu juga dengan mak.

Lepas habis makan, aku cari air masak untuk diminum. Aku ni memang jenis tak suka minum air manis. Air masak adalah feberet aku. Tapi yang ada ketika itu air masak yang sejuk (dalam peti ais) dan air panas yang baru dimasak. 

Satu lagi, aku juga tak suka minum air sejuk atau air yang berais. Kira macam pantang la. Aku memang alergic dengan air sejuk. Seboleh-bolehnya aku elak dari mengambilnya. Sebab aku akan diserang batuk bila minum air sejuk walaupun minum dalam jumah yang sedikit. Itu sebab utama aku tak minum air sejuk.

Aku mengadu kat mak. Aku bagitau la takde air masak untuk diminum. Air sejuk aku tak minum. Gila ape aku nak minum air panas? 

Lepas tu mak aku jawab dengan selamba. "Campur jela air sejuk dengan air panas tu, boleh la minum" Eh? Betul kata mak. Ape la aku sengal sangat pagi-pagi ni. Mungkin sebab aku mengantuk kot. Ehe.

Ni la bukti betapa sengalnya aku seperti yang tertera pada ruangan info. Harap maklum. Haha.
Minum la air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari #pesanan penaja




#Aku puasa penuh setakat ini. Korang?

Al Kisah Dahulu Kala




Merepek sudah, merapu sudah, mengarut pun sudah. Kalau layan Facebook ni memang tak sudah-sudah. Lebih baik aku tidur nak mimpi indah!

Selesai aku taip status tu, aku terus tutup laptop. Aku masuk bilik, baring di atas katil. Lepas tu aku dah tak ingat ape-ape. Macam hilang ingatan pulak. Haha. Ala maksudnya aku dah tertidur la mase tu. 

Entah pukul berapa, aku terjaga, terasa nak buang air kecil. Aku agak malas nak bangun tapi demi melepaskan hajat, terpaksa jugak aku gagahi untuk melangkah ke tandas. 

Sampai kat toilet, aku pun terus dot dot dot. Ape yang berlaku korang pikir la sendiri. Takkan aku nak cerita semua. Ahaha.

Kemudian aku masuk bilik semula. Aku pun baring di katil yang sama. "Err nape tilam aku basah ni?" suara aku agak kuat ketika itu. Cepat-cepat aku bangun.

Oh rupa-rupanya aku bemimpi. Sebenarnya aku tak pergi toilet pun, aku kencing dalam seluar! OMG!!!!!

Nape aku mimpi pegi toilet? Aku ingat pegi toilet betul-betul. Adeh. Korang pun penah kan? Baik ngaku cepat!






#Kejadian ni terjadi masa aku masih kecik. Dah besar ni takde okey.

Friday, August 12

b.a.b.i

Oh Babi
Kesian kau babi
Bila orang maki-maki
Mesti sebut nama kau, babi

Ape salah kau dilahirkan ke dunia ini
Aku pun tak pasti
Malah merasa simpati
Err kesiannya kau, babi


Tapi nak buat macam mana lagi
Dah kau tu babi
Terima jelah kenyataan ini
Walau dalam hati kau perit sekali

Kalau kau tak suka semua ini
Apa lagi pergilah bunuh diri
Terjun aje dalam perigi
Sampai kau betul-betul mati




#Aku tulis entry ini sambil gelak "hihihi"

Wednesday, August 10

Cerai Hidup, Cerai Mati


Siang tadi aku teman mak ke kedai baju. Tujuannya untuk tukar baju yang mak beli sebelum ni, sebab agak sendat.

Kedai tu letaknya di tepi jalan di pekan Kajang. Sampai saja di kedai baju tu, aku dan mak terus membelek-belek baju di situ, mencari yang berkenan di hati.

Sebenarnya kedai ni memang selalu kami kunjungi. Memang dah kenal sangat dengan pekerja kedai tu, seorang kelahiran Indonesia.

Masa buat bayaran di kaunter (aku ada beli sehelai baju), mak berbual-bual dengan pekerja tu. Entah macam mana dia buka cerita tentang kematian suami dia pada 14 Jun lepas. Buat pengetahuan, akak ni berkahwin dengan orang Malaysia. 

Air mata dia menitik ketika bercerita. Aku tumpang mendengar dengan kusyuk sekali. Mata aku tak berkedip melihat wanita yang baru kehilangan suami tu. Dalam hati timbul rasa simpati, tapi aku tak mampu buat apa-apa.

Dia kata apa yang dia kesalkan kerana tidak sempat membalas jasa suaminya yang banyak membantu menyekolahkan anaknya, hasil dari perkahwinan pertama. Suaminya melayan anaknya dengan baik sekali walaupun berstatus anak tiri. Sekali lagi air matanya menitik. Dia mengesat dengan hujung tudung yang dipakainya.

Dalam perjalanan balik, kata-kata wanita tadi tentang sesuatu terngiang-ngiang di telinga aku. 
"Cerai hidup dan cerai mati tak sama, kak," katanya kepada mak aku. Langsung air matanya menitik lebih laju. Aku turut sebak melihatnya.

Aku jua baru kehilangan orang yang aku sayang tapi bezanya bukan berpisah kerana kematian. Aku lantas sedar. Betapa peritnya aku hadapi putus cinta, lagi perit orang yang kehilangan orang tersayang buat selama-lamanya. Ya, cerai mati lebih perit rasanya kerana walau macam mana usaha sekalipun, yang pergi itu tak mungkin akan kembali lagi.

Dari itu aku dapat sumber kekuatan untuk terus melangkah dengan lebih tabah. Aku segera menginsafi betapa aku lebih bertuah berbanding insan lain.

“Tidak seorang muslim pun yang ditimpa keletihan, penyakit, susah hati, sedih, disakiti orang, derita, sehingga jika sebatang duri menikamnya, kecuali Allah memadamkan dengan itu semua dosa-dosanya”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)





#AL-FATIHAH buat arwah..


Sunday, August 7

Hati




Hati aku bukan selamanya lembut.
Kadang-kadang keras juga.
Sekian. 

Saturday, August 6

c.e.l.a.k.a


Jika korang kenal seseorang yang celaka, berperangai super celaka, maka dia memang celaka.

Tapi kalau korang berkawan dengan orang celaka, berperangai super celaka, mungkin korang juga celaka.

Eh korang marah ke aku tulis celaka-celaka ni? Jangan.. Nanti korang pun jadi celaka.

Aku bukan celaka, takde kawan celaka dan tak pernah bercita-cita nak jadi super celaka.



#Oppsss tak tuju kat sesape. Hanya sebuah penulisan yang tak sesuai dibaca oleh si celaka, takut2 dia buat benda super celaka kat aku. Sekali lagi, AKU BUKAN CELAKA :)




Kotak



Aku berkenalan dengan seorang budak. Nama dia A. Dari awal perkenalan, aku dah tertarik dengan dia (Nape ek? Kau tak tahu? Akupun tak tahu. Ehe) Aku terasa ingin mengenalinya lebih dekat :)

Kami jarang berhubung tapi bila berbual dengan dia, aku rasa selesa sangat. Aku hepi bila nampak dia. Aku rasa aku suka dia :)

Erm.. Lupa nak bagitau. Dia ada KOTAK tau. Kotak ni cantik sangat. Kotak ni dia dah lama simpan, itu menurut katanya.

Makin lama kenal, kami makin rapat. Aku pun makin sayangkan dia. Tapi aku tak pernah luah kat dia.

Pada suatu hari, dia kata dia nak bagi kotak kesayangan dia tu. Selama ni dia jaga sendiri kotak tu, tapi kali ni dia nak aku jaga pulak.

Aku terkejut. Tapi dalam masa yang sama aku hepi. Disebabkan kotak tu sangat cantik, aku dah lama berangan nak milikinya. Tapi aku takut. Aku takut aku tak layak pegang kotak tu. Aku takut aku tak pandai jaga kotak tu.

Lalu aku tolak, lalu aku mengelak. Aku bagitau dia alasannya. Dia sangat sedih. Dia menangis. Aku pun turut sedih sebab buat orang yang aku sayang mengalirkan air mata, tapi masa tu aku betul-betul takut :'(

Akhirnya selepas aku fikir banyak kali, aku cakap kat A, aku sedia simpan kotak tu dalam jagaan aku. Aku janji akan menjaganya sebaik mungkin. Dia hepi sangat masa tu. Aku seronok tengok dia hepi kembali. Aku harap aku akan sealu buat dia hepi. Sebab aku sayang dia. Aku cinta dia.

Tapi kadang-kadang ada suara halus yang buat aku ingin ubah fikiran. Suara halus tu suara hati aku sendiri. Suara yang menyuruh aku memulangkan kotak tersebut.

Maka terjadilah kejadian di mana aku cuba memulangkan kotak tersebut. Bukan aku tak sayang, aku sayang sangat-sangat, cuma kadang-kadang rasa takut tu kembali. Aku takut aku tak berupaya menjaga dengan sebaik-baiknya. Aku takut gagal. Aku takut sangat :'(

Sebaliknya semangat A sangat kuat. Dia tak putus asa. Dia pujuk aku. Dia bagi aku kata-kata semangat. Dia kata aku boleh. Dia kata dia percayakan aku. Aku tersenyum, akhirnya aku akur. Aku tak jadi pulangkan kotak tu. 

Hari berganti hari, suara halus tu kembali lagi. Sekali lagi ia menghantui. Episod yang sama berulang beberapa kali. Sampai suatu masa, A pula terpaksa akur akan pilihan aku. Dia ambil semala kotak tersebut.  Maka kotak itu bukan dalam jagaan aku lagi.

Selama ketiadaan kotak tu, aku rasa berlainan sekali. Tiba-tiba aku rasa sunyi. Tiba-tiba hidup aku terasa kosong sekali. Yelah, selalu ada kotak yang menemani. Aku selalu teringatkan kotak tu. Sepanjang masa. Sampai aku tak boleh bagi tumpuan pada kerja. Sampai aku bawa diri ke utara. Begitu dahsyat kesan dari ketiadaan kotak tu.

Kali ini aku menyedai bahawa aku tak dapat hidup tanpa kotak tu. Aku terlalu merinduinya. Sangat-sangat rindu :'(

Sekali lagi A beri kepercayaan kepadaku. Pada hari A memulangkan kembali kotak tu pada aku, aku rasa hepi sesangat. Aku tak rasa sunyi lagi. Hari2 aku tak terasa kosong lagi. Aku bahagia. Aku gembira sekali.

Setiap hari aku jaga kotak tu dengan cermat. Aku tak mahu kotak tu dicuri orang. Aku takut kotak tu terkoyak atau rosak. Tapi dalam aku tak sedar, kadang-kadang kotak tu terkoyak juga. Bagaimanapun aku berusaha menampalnya agar ia kembali cantik.

Hari berganti hari, aku masih menyimpan kotak tersebut. Aku masih menjaganya tapi dalam masa yang sama aku masih merosakkannya (tanpa aku menyedarinya).
"Saya minta maaf awak. Saya tak sedar saya telah rosakkan kotak kesayangan awak. Saya tak sengaja. I'm so sorry"

Tiba-tiba suatu malam A buat keputusan yang sangat mengejutkan aku. Dia kata dia nak ambil semula kotak dia. Dia kata semua salah aku, aku tak pandai jaga. Aku terpaksa pulangkannya walaupun aku tak rela. Aku sedih sangat. Aku menangis tak henti-henti :'(

Aku cuba dapatkan kotak tu kembali dari A, namun tak berjaya. Semua salah aku. Aku kesal dengan diri sendiri. Aku benci diri aku sebab tak jaga baik-baik kotak kesayangan A tu. Sampai hari ini aku sangat rindukan kotak tu sebab selama ni dialah teman setia aku. Sekarang bila aku dah tak miliki kotak itu lagi, hidup aku kembali sunyi. Hari-hari aku kian sepi. Hanya airmata setia di sisi dan kesedihan tak bertepi yang sentiasa menemani.

Aku masih berharap aku diberi peluang untuk memiliki kotak itu kembali. Kali ini aku akan jaga lebih rapi. Aku akan balut dengan teliti, dengan begitu cantik sekali. Aku nak letak reben di sisi. Kemudian aku nak simpan dalam almari berkunci. Samada aku atau sesiapapun takkan rosakkan kotak itu lagi. Itu yang aku boleh janji.




#PERSOALANNYA:
MASIHKAH AKU LAYAK UNTUK MILIKI KOTAK TU KEMBALI?


Motor Ayahku Tajam. Erk??

Sedang aku duduk-duduk di rumah, teringat aku pada suatu perbualan antara aku dan ayah. Ketika itu aku sedang membonceng motor dengan ayah. Sesekali kami berbual di atas motor.  


Ketika itu ada sebuah lori di hadapan kami. Setelah lama mendiamkan diri, tiba-tiba ayah bersuara:


"Kamu tahu tak motor ayah ni tajam?"

Tajam? Ayah sebut tajam ke, atau aku salah dengar? Takkan motor tajam pulak. Kalau pisau tajam logik la. Aku tertanya-tanya sendiri.

"Hah?"

"Ye, motor ayah ni tajam. Kamu nak tengok?"

Ishh ape ayah merepek ni. Adoi. Sumpah aku tak faham.

Serentak dengan itu ayah memintas lori di hadapan.

"Ayah dah potong lori tu. Kan tajam tu sebab boleh 'potong' lori"

Ayah tertawa. Aku turut ikut serta. Ayah memang suka buat loyar buruk dan buat lawak. Aku pun selalu terikut-ikut sifat ayah tu. Tapi tu la yang menariknya tentang ayah. 



#Err tiba-tiba aku rindu ayah^^




Friday, August 5

OMG!!!!!

Setelah didesak berbulan2.. Oleh rakan2 dan family.. Akhirnya aku buat keputusan..
Untuk pergi ke hospital...... Itu kisah seminggu lepas..

Hari ini aku pergi semula ke hospital.. Aku pun pergi ditemani rakanku, Lya.. Untuk mengetahui keputusan ujian darah aku..

Ringkaskan cite la.. Doktor tu bgtahu aku sumthing.. Katanye....
Aku menghidap penyakit dotdotdot..... (dirahsiakan... ishh korang nih.. sume nak tahu kan..)

Tapi paling sedih.. Doc tu kate....
Aku takkan hidup lame.................................................!!!!

Hah.. Sumpah aku nak naikkan kaki aku kat muka doctor tu.. Suke2 kate camtu.. Hey.. Nyawa aku kat tangan Tuhan la.. Bukan kat tangan ko !!! "Dah la tak hensem", bebel aku dalam hati... (Cop2.. Memang die tak hensem la sbb die perempuan.. Hahaha..)

Ape yang aku rase mase tu? Serius aku tak tahu camne nak huraikan.. Macam2 aku rasa.. Macam2 terlintas kat kepala.. Ahh.. Korang bayangkan la sendiri kalo benda nih terjadi kat korang.. Memang lemah lutut mase tu.. Aku rase nak pitam je.. Tapi aku kuatkan semangat.. Aku cuba tenangkan diri sendiri.....

(Nota: masa aku tengah taip nih, tangan aku menggigil................................)

Sekarang aku tak tahu ape yang aku perlu rasa.. Gembira atau sedih? Nape perlu gembira? Aku tak tahu.. Nape perlu sedih? Aku pun tak tahu... Aku tak bole pk ape2 sekarang.. Aku rase kepala aku tgh berpusing laju cam kipas helikopter... Huhuhu~

Memang.. Suatu ketika dulu, mase aku kecik2.. Aku slalu harapkan yang aku ade penyakit, pastu tinggalkan dunia nih cepat2.. (Bengong kan ? Haha..) Sebab mase tu banyak sangat masalah keluarga, aku tak tahan.. Aku pk mati tu lebih baik.. Lagipun mase tu masih budak2.. Fikir tak guna akal... Mungkin juga terpengaruh cite TV, especially cite Korea.. Kan cite die rata2 org jatuh sakit, pastu mati.. Ramai orang bersedih atas kematian heroin tuh.. Kira aku pun nak tahu gak sape yang akan sedih kalo aku pergi dari dunia nih.. (Ahaha.. Perasan kot aku nih.. Ade ke orang nak sedih? Ramai orang nak tgk aku mati kot...)

(Nota: Tangan aku menggigil weh........ Camne nak teruskan menaip......????)

Sekarang.. Aku rase.. Baik aku minta maaf kat sume orang.. Korang sume maafkan aku ye? Kot2 aku wat salah yang tak disengajakan.. Kalo sengaja tu memang takde la, aku rase.. Sebab aku tak pernah wat jahat kat sape2... (Aku rase lagi.. Ahaks..) Yang pasti, aku tak pernah berdendam ngan sape2... Ape2 pun.. Maafkan aku ya.......... Please... :(

Mulai sekarang juga.. Aku kena lalui hidup nih cam biase.. Tu yang terbaik kot.. Takkan aku nak bersedih, menangis, mengurung diri dsbnye yang sume tak bagi faedah kat aku.. Betul tak?

Samada ramalan doktor ni benar ke tak, sume tu urusan Tuhan.. Kita tak mampu buat ape2.. Sebab Tuhan pun dah berfirman, kematian itu pasti...

أَيْنَمَا تَكُونُوا يُدْرِكُكُمُ الْمَوْتُ وَلَوْ كُنْتُمْ فِي بُرُوجٍ مُشَيَّدَةٍ
"Di mana saja kalian berada, kematian pasti akan mendapati kalian, walaupun kalian berada di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh." (An-Nisa`: 78 )

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
"Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan." (Al-Anbiya`: 35 )

Sampai sini je kot.. Aku tak tahu nak cakap ape lagi.. Sumpah sekarang kepala aku sakit, berdenyut2 pulak... Aku nak makan lunch then makan ubat... Hahaha.. Ubat? Wat aku gelak je...

Mungkin benda nih benda yang serius (aku tak tahu), tapi aku cam main2 kan? Haha.. Kalo korang nak tahu.. Ni la Faizah Ghazali... Dia memang camni.. Hidup kalo terlalu serius pun tak best jugak.. Kan? Kan?

Korang sume jangan lupe maafkan aku eh? Kalo tak nanti aku nangis........ (Hehehe..)



#Opsssss!!!!!! Ni kisah rekaan saje taw :)

Selamat Tinggal, Sayang

Sayang...

Teganya kamu meninggalkan aku begitu saja? Sekurang-kurangnya berilah sebuah kucupan untukku kenang. Tapi tak mengapalah, itu pilihan kamu.

Aku pasti suatu saatnya aku bisa melupakan rasa yang tersisa ini, tapi untuk melupakan kamu terus, itu tak mungkin berlaku. Ada saatnya aku pasti merindui kamu.

Sayang, aku redha akan perpisahan ini kerana itu yang kamu mahukan dan itu jugalah yang dah tertulis buat kita. Aku berharap kamu akan menemui cinta sejatimu dan aku berdoa agar kau sentiasa bahagia dengan kehidupanmu.

Terima kasih atas kebahagiaan yang pernah kamu berikan. Aku takkan pernah melupakannya. Aku gembira Tuhan satukan kita walau untuk jarak masa yang singkat.Aku tidak pernah kesal akan takdir yang telah diaturkan buat kita ini.

Sayang, sudilah kiranya kamu memaafkan tiap khilafku andai pernah ku melukai hatimu. Semoga tiada dendam yang tersimpan buat aku.

Rasanya tiada apa yang ingin ku luahkan lagi. Selamat tinggal untuk kesekian kalinya.



#Jaga diri kamu baik-baik ya sayang. Doaku sentiasa buatmu.

Awak Sanggup Ke Jadi Boyfriend Saya?


Awak.... Awak kate nak jadi boyfren saya?
Awak biar betul..
Awak main2 ye?

Kalo betul, awak sanggup ke?

Awak, awak sanggup ke dating ngan saya sambil ditemani mak saya? Sebab, kalo kita dating berdua, yg ketiga tu adalah setan.. Nanti dia hasut kita buat maksiat.. Saya taknak lah.. Saya tak nak cemarkan hubungan kita..

Awak sanggup ke nak bayar duit untuk makan tiga orang.. Awak tak kisah kan? Sebab mak saya tu pun akan jadi mak awak jugak nanti.. Kan? kan?

Kalo awak nak tengok wayang, awak kena beli tiket untuk mak saya sekali.. Tapi awak, mak saya suka popcorn tau.. Kalo nak beli untuk dia, kena beli yg saiz besar.. Kalo yg kecik punya kena beli dua.. Tapi takkan beli popcorn je kan.. Awak beli la air sekali.. Nanti tercekik mak saya, susah pulak... Tapi awak kan, takkan beli untuk mak saya je, saya punya mane? Hehe.. Saye pulak suke popcorn plus hotdog.. Ala  awak takkan tak tahu saye kuat makan.. Hehehe.. ;)

Kalo awak nak main bowling, awak sanggup ke bayar untuk 3 orang.. Awak2.. Nak bgtahu ni, kalo main bowling, mak saya mesti main 3 round baru die puas hati.. Kalo die kalah pulak, susah la awak.. Dia mesti nak ulang2 main sampai die menang.. Awak, kalo awak nak main bowling, awak buat2 jela masuk longkang.. Bukan ape, saye kesian duit poket awak tu nanti banyak keluar.. Saya tahu awak terer main bowling.. Tapi tak payah la awak tunjuk skill awak.. Heee.. Takpe kan awak?

Awak, kalo awak nak gi karaoke pulak, awak tetap kena bayar untuk 3 orang.. Awak ingat mak saya tak suke masuk karaoke ke? Salah satu feberet dia tau.. Awak kena tahu dari sekarang, senang awak nak amik hati mak saya.. Yelah, kot2 die tak berkenan kat awak, tibe2 awak ajak g karaoke, confirm2 dia tak jadi reject awak.. Hehe.. Tapi awak, ade seperkara lagi, mak saya cuma nyanyi lagu 60an-70an je..Lagu baru2 ni die tak tahu.. Err.. Awak tak kisah kan??

Awak, lepas kita dah tengok wayang/ main bowling/ karaoke, perut pun lapar balik.. Awak kena la bawa g makan sekali lagi.. Awak sanggup ke kuar duit makan dua kali setiap kali kuar ngan saya, dan jgn lupa untuk 3 orang.. Ermm.. Okey2, duit untuk air saya bayar sendiri.. Lain2 awak bayar la.. Saya pun faham, takkan awak nak keluar duit sume kan.. Lagipun dalam hubungan ni kena ada tolak ansur.. tapi saya bayar duit minuman saya sorang je tau.. Alaa.. awak takkan tak tahu, gaji saya kecik je.. Hee :D

Awak, kalo awak nak ajak saya teman shopping ke, jgn lupa beli sehelai untuk mak saya.. Yelah, amik hati org tua la katakan.. Hehe...

Err... tak kisah la wak nak dating kat mane2 pun, pucuk pangkalnye yang awak kena tahu, mak saya akan teman kemana saje kita pergi... 

Awak, awak sanggup tak? Awak... Awak.... (Hilang suda~)


Hahaha~


#Kisah di atas cuma rekaan spontan saya sahaja.. Suka?

Tuesday, August 2

Sentap





Rasulullah SAW bersabda:
Ramai orang berpuasa tetapi tidak mendapat manfaat daripadanya melainkan lapar dan dahaga sahaja.






Err harap2 kita tak tergolong dalam orang-orang yang rugi camni kan? 
#Selamat menjalani ibadah puasa Ramadhan.