Saturday, August 6

Kotak



Aku berkenalan dengan seorang budak. Nama dia A. Dari awal perkenalan, aku dah tertarik dengan dia (Nape ek? Kau tak tahu? Akupun tak tahu. Ehe) Aku terasa ingin mengenalinya lebih dekat :)

Kami jarang berhubung tapi bila berbual dengan dia, aku rasa selesa sangat. Aku hepi bila nampak dia. Aku rasa aku suka dia :)

Erm.. Lupa nak bagitau. Dia ada KOTAK tau. Kotak ni cantik sangat. Kotak ni dia dah lama simpan, itu menurut katanya.

Makin lama kenal, kami makin rapat. Aku pun makin sayangkan dia. Tapi aku tak pernah luah kat dia.

Pada suatu hari, dia kata dia nak bagi kotak kesayangan dia tu. Selama ni dia jaga sendiri kotak tu, tapi kali ni dia nak aku jaga pulak.

Aku terkejut. Tapi dalam masa yang sama aku hepi. Disebabkan kotak tu sangat cantik, aku dah lama berangan nak milikinya. Tapi aku takut. Aku takut aku tak layak pegang kotak tu. Aku takut aku tak pandai jaga kotak tu.

Lalu aku tolak, lalu aku mengelak. Aku bagitau dia alasannya. Dia sangat sedih. Dia menangis. Aku pun turut sedih sebab buat orang yang aku sayang mengalirkan air mata, tapi masa tu aku betul-betul takut :'(

Akhirnya selepas aku fikir banyak kali, aku cakap kat A, aku sedia simpan kotak tu dalam jagaan aku. Aku janji akan menjaganya sebaik mungkin. Dia hepi sangat masa tu. Aku seronok tengok dia hepi kembali. Aku harap aku akan sealu buat dia hepi. Sebab aku sayang dia. Aku cinta dia.

Tapi kadang-kadang ada suara halus yang buat aku ingin ubah fikiran. Suara halus tu suara hati aku sendiri. Suara yang menyuruh aku memulangkan kotak tersebut.

Maka terjadilah kejadian di mana aku cuba memulangkan kotak tersebut. Bukan aku tak sayang, aku sayang sangat-sangat, cuma kadang-kadang rasa takut tu kembali. Aku takut aku tak berupaya menjaga dengan sebaik-baiknya. Aku takut gagal. Aku takut sangat :'(

Sebaliknya semangat A sangat kuat. Dia tak putus asa. Dia pujuk aku. Dia bagi aku kata-kata semangat. Dia kata aku boleh. Dia kata dia percayakan aku. Aku tersenyum, akhirnya aku akur. Aku tak jadi pulangkan kotak tu. 

Hari berganti hari, suara halus tu kembali lagi. Sekali lagi ia menghantui. Episod yang sama berulang beberapa kali. Sampai suatu masa, A pula terpaksa akur akan pilihan aku. Dia ambil semala kotak tersebut.  Maka kotak itu bukan dalam jagaan aku lagi.

Selama ketiadaan kotak tu, aku rasa berlainan sekali. Tiba-tiba aku rasa sunyi. Tiba-tiba hidup aku terasa kosong sekali. Yelah, selalu ada kotak yang menemani. Aku selalu teringatkan kotak tu. Sepanjang masa. Sampai aku tak boleh bagi tumpuan pada kerja. Sampai aku bawa diri ke utara. Begitu dahsyat kesan dari ketiadaan kotak tu.

Kali ini aku menyedai bahawa aku tak dapat hidup tanpa kotak tu. Aku terlalu merinduinya. Sangat-sangat rindu :'(

Sekali lagi A beri kepercayaan kepadaku. Pada hari A memulangkan kembali kotak tu pada aku, aku rasa hepi sesangat. Aku tak rasa sunyi lagi. Hari2 aku tak terasa kosong lagi. Aku bahagia. Aku gembira sekali.

Setiap hari aku jaga kotak tu dengan cermat. Aku tak mahu kotak tu dicuri orang. Aku takut kotak tu terkoyak atau rosak. Tapi dalam aku tak sedar, kadang-kadang kotak tu terkoyak juga. Bagaimanapun aku berusaha menampalnya agar ia kembali cantik.

Hari berganti hari, aku masih menyimpan kotak tersebut. Aku masih menjaganya tapi dalam masa yang sama aku masih merosakkannya (tanpa aku menyedarinya).
"Saya minta maaf awak. Saya tak sedar saya telah rosakkan kotak kesayangan awak. Saya tak sengaja. I'm so sorry"

Tiba-tiba suatu malam A buat keputusan yang sangat mengejutkan aku. Dia kata dia nak ambil semula kotak dia. Dia kata semua salah aku, aku tak pandai jaga. Aku terpaksa pulangkannya walaupun aku tak rela. Aku sedih sangat. Aku menangis tak henti-henti :'(

Aku cuba dapatkan kotak tu kembali dari A, namun tak berjaya. Semua salah aku. Aku kesal dengan diri sendiri. Aku benci diri aku sebab tak jaga baik-baik kotak kesayangan A tu. Sampai hari ini aku sangat rindukan kotak tu sebab selama ni dialah teman setia aku. Sekarang bila aku dah tak miliki kotak itu lagi, hidup aku kembali sunyi. Hari-hari aku kian sepi. Hanya airmata setia di sisi dan kesedihan tak bertepi yang sentiasa menemani.

Aku masih berharap aku diberi peluang untuk memiliki kotak itu kembali. Kali ini aku akan jaga lebih rapi. Aku akan balut dengan teliti, dengan begitu cantik sekali. Aku nak letak reben di sisi. Kemudian aku nak simpan dalam almari berkunci. Samada aku atau sesiapapun takkan rosakkan kotak itu lagi. Itu yang aku boleh janji.




#PERSOALANNYA:
MASIHKAH AKU LAYAK UNTUK MILIKI KOTAK TU KEMBALI?


No comments:

Post a Comment

Awas! Dilarang menggunakan kata-kata kesat.