Friday, August 5

Selamat Tinggal, Sayang

Sayang...

Teganya kamu meninggalkan aku begitu saja? Sekurang-kurangnya berilah sebuah kucupan untukku kenang. Tapi tak mengapalah, itu pilihan kamu.

Aku pasti suatu saatnya aku bisa melupakan rasa yang tersisa ini, tapi untuk melupakan kamu terus, itu tak mungkin berlaku. Ada saatnya aku pasti merindui kamu.

Sayang, aku redha akan perpisahan ini kerana itu yang kamu mahukan dan itu jugalah yang dah tertulis buat kita. Aku berharap kamu akan menemui cinta sejatimu dan aku berdoa agar kau sentiasa bahagia dengan kehidupanmu.

Terima kasih atas kebahagiaan yang pernah kamu berikan. Aku takkan pernah melupakannya. Aku gembira Tuhan satukan kita walau untuk jarak masa yang singkat.Aku tidak pernah kesal akan takdir yang telah diaturkan buat kita ini.

Sayang, sudilah kiranya kamu memaafkan tiap khilafku andai pernah ku melukai hatimu. Semoga tiada dendam yang tersimpan buat aku.

Rasanya tiada apa yang ingin ku luahkan lagi. Selamat tinggal untuk kesekian kalinya.



#Jaga diri kamu baik-baik ya sayang. Doaku sentiasa buatmu.

No comments:

Post a Comment

Awas! Dilarang menggunakan kata-kata kesat.