Saturday, August 13

Sengal


Hari ni aku bangun sahur macam biasa. Mula-mula aku agak malas nak bangun sebab aku rasa mengantuk yang luar biasa. Aku cuma tidur 1 1/2 jam je. Tapi aku teringat siang tadi aku cuma berbuka dengan beberapa suap nasi, dan demi mengejar pahala bersahur, aku bangun juga. Sebenarnya aku memang tak pernah miss sahur semata-mata nak kumpul pahala. Ada cara mudah nak dapat pahala, kenapa tak nak amik kesempatan kan?

Aku buka peti ais, keluarkan lauk yang ada dan terus panaskan atas dapur. Nasi awal-awal aku dah masak sebelum tidur tadi. Kemudian aku makan dengan berselera sekali walaupun mata aku antara buka dan tutup je. Ngantuk sangat! Aku makan sorang-sorang je. Adik aku, si Angah  tu cuma bangun untuk minum air, begitu juga dengan mak.

Lepas habis makan, aku cari air masak untuk diminum. Aku ni memang jenis tak suka minum air manis. Air masak adalah feberet aku. Tapi yang ada ketika itu air masak yang sejuk (dalam peti ais) dan air panas yang baru dimasak. 

Satu lagi, aku juga tak suka minum air sejuk atau air yang berais. Kira macam pantang la. Aku memang alergic dengan air sejuk. Seboleh-bolehnya aku elak dari mengambilnya. Sebab aku akan diserang batuk bila minum air sejuk walaupun minum dalam jumah yang sedikit. Itu sebab utama aku tak minum air sejuk.

Aku mengadu kat mak. Aku bagitau la takde air masak untuk diminum. Air sejuk aku tak minum. Gila ape aku nak minum air panas? 

Lepas tu mak aku jawab dengan selamba. "Campur jela air sejuk dengan air panas tu, boleh la minum" Eh? Betul kata mak. Ape la aku sengal sangat pagi-pagi ni. Mungkin sebab aku mengantuk kot. Ehe.

Ni la bukti betapa sengalnya aku seperti yang tertera pada ruangan info. Harap maklum. Haha.
Minum la air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari #pesanan penaja




#Aku puasa penuh setakat ini. Korang?

1 comment:

Awas! Dilarang menggunakan kata-kata kesat.