Friday, July 15

Jantan Bajingan?



Kalau korang dah bace cerita 'lnikah Cinta?', ni pula kesinambuangannya..



"Haramjadah punya jantan!"
"Jantan bajingan!"
"Anak haram!"
"Aku sumpah hidup kau takkan tenang!"
"Setannn!!!"
"B*bi betul la!"

Hawa meracau-racau macam orang gila. Hatinya sangat marah. Pedihnya menusuk ke jiwa. Semua angkara lelaki yang bernama Adam.

"Woi Hawa!" tiba2 dia disergah.
"Kau marah sangat si Adam tu untuk apa? Pandai pulak kau haramjadah orang tu. Masa kau buat kerja haram ngan dia dulu tak pulak ko ingat pasal halal-haram. Kau panggil dia babi, perangai kau dulu tak ubah macam babi, pernah kau ingat? Anak haram? Yang dalam perut kau tu yang anak haram, kau tahu?"

Hawa terdiam. Tapi hanya seketika. Kemudian dia meracau-racau lagi dalam esak tangisnya.

"Ah, jantan tu takkan selamat. Mati la kau!"

"Sudah la Hawa", kali ini Nur melembutkan suaranya. "Yang perlu diselamatkan sekarang, diri kau tu, dan baby dalam perut tu. Adam tak kan kembali pada kau. Dia tak kan bertanggungjawab. Percayalah cakap aku"

Hawa hanya diam. Sedang air matanya masih mengalir mencurah-curah.

"Lagipun tak kan lelaki macam tu kau nak buat suami? Kau mahu?" Nur menyambung.

Dalam hati Nur, dia turut rasa tersiat-siat atas perbuatan Adam. Tapi dia tahu, bukan Adam yang patut disalahkan. Cuma dia kesal, nasihatnya selama ini tak pernah Hawa peduli. Bila nasi dah jadi bubur, apa pun dah tak guna lagi.




#Okey, sambung lain kali... hehe..

No comments:

Post a Comment

Awas! Dilarang menggunakan kata-kata kesat.