Friday, July 15

Inikah Cinta?



Adam tersenyum puas. Sudah berbulan2 dia 'mengayat' Hawa, tapi kini baru berjaya. Maklum la, Hawa cantik. Ramai memuja Hawa. Ramai ingin memiliki hatinya. Adam tahu dirinya tak seberapa jika dibandingkan dengan lelaki2 yang sedang memburu hati Hawa.

Tapi sekarang ternyata dia telah berjaya. Dengan 'ayat power'nya, Hawa kini menjadi miliknya. Adam bukan saja berjaya memikat hati Hawa, malah berjaya memerangkapnya juga. Kini Hawa dalam pelukannya!

Dia tidak sangka gadis secantik Hawa boleh terpikat dengannya. Rupa tak ada, harta lagi tak ada. Yang dia punya, hanya ayat manis yang bisa buat siapa2 tergoda. Cuma bezanya, Hawa tak macam gadis2 lain yang mudah jatuh ke tangannya. Agak sukar untuk menembusi hati Hawa. Ah, itu tak penting. Yang penting Hawa dah jadi miliknya sekarang.

Saat dia mengajak Hawa datang ke rumahnya, Hawa tak menolak, juga tak memberi kata persetujuan. Hawa hanya membatukan diri. Dalam hati Adam berbisik ''diam tandanya setuju'' sambil dia tertawa nakal, juga di dalam hati. Sampai di depan rumah, ketika itu jam menghampiri 1 pagi, Adam memberhentikan keretanya. Dia memandang Hawa lalu mempelawanya keluar kereta.

"Jom"

Hawa diam saja.

"Jom la masuk. Ni la dia rumah abang"

Hawa diam lagi.

"Sayang? Nape ni? Tak suka? Tak nak tengok rumah abang?"

Hawa masih diam.

"Okey, abang minta maaf. Abang hantar sayang balik ya?"

Hawa masih tidak bersuara. Tapi dia menggeleng2kan kepalanya perlahan2.

"Tak mahu balik?"

Hawa geleng lagi.

"Kita masuk dalam ya?"

Hawa masih menggelengkan kepala.

Masuk tak nak. Balik pun tak nak. Mana satu ni. Tapi Adam faham. Dia dah biasa dengan situasi ni. Dia tahu Hawa bukan tak mahu mengikutnya. Dalam hati Hawa itu 'mahu tapi malu'

"Aku perlu bertindak", bisik hati Adam. Dia tahu caranya. Dia keluar dari kereta, lalu pergi ke pintu tempat Hawa duduk. Adam buka pintu kereta. Dipegangnya tangan Hawa. Perlahan2 tangan itu ditarik keluar. Hawa menggerakkan badannya. Satu persatu kakinya keluar dari kereta. Adam segera menutup pintu kereta. Dipimpinnya tangan Hawa sambil menghampiri pintu rumah.

¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤ ¤

Dalam cahaya samar-samar itu, Adam dan Hawa sedang melayari dunia mereka. Dunia yang seolah-oleh hanya mereka yang punya. Sambil berbaring di atas katil yang sederhana saiznya, tangan kasar Adam membelai rambut Hawa. Sesekali dahi Hawa dikucup. Sedang tangan Hawa sedang erat memeluk pinggang Adam. Adam tersenyum bahagia. Begitu juga Hawa. Walaupun pertama kali bagi Hawa, dia langsung tidak kekok bersama insan yang dicintainya itu.

Perlahan-lahan tangan gatal Adam menerokai setiap inci tubuh Hawa. Hawa tidak marah, malah merelakan. Pada ketika itu, kedua2nya telah lupa pesan ibu, nasihat ayah malah peringatan yang sentiasa diberikan oleh guru2 apatah lagi suara teman2. Agama diletakkan ke tepi, dosa-pahala mereka dah tak peduli. Begitulah lemahnya manusia yang menjadikan syaitan sebagai raja di hati.



No comments:

Post a Comment

Awas! Dilarang menggunakan kata-kata kesat.