Saturday, September 24

BODOH

Amaran : Ini entry sentap. Jangan marah gua kalau lu sentap.



Satu hari dalam bulan Mei aku dapat panggilan telefon dari sorang kenalan fesbuk.

"Iza, macam mana aku nak lupakan ex-girlfriend aku? Aku dah terai tapi tak boleh. Tolonglah."

Kedengaran dia macam terdesak sangat. Pelik juga, ramai kengkawan aku suka cari aku untuk selesaikan masalah cinta mereka. Macam la aku hebat hal-hal cinta ni. Aku pun dah 800 kali gagal bercinta. Huh!

"Kau jangan jadi BODOH. Tak payah nak BODOHkan diri kau untuk orang yang tak pernah ingat kau. Jangan buang masa untuk benda BODOH macam tu. Jangan. Cuba kau sibukkan diri kau supaya kau tak asik fikirkan dia. Dan cuba kau kenal orang baru. Jangan sempitkan fikiran kau dengan fikirkan orang sama, orang yang dah tak pedulikan kau pulak tu. Tu kerja BODOH. Orang BODOH je buat macam tu. Faham tak?"

Aku pun bagi la nasihat sikit-sikit macam aku 'good-good' soal cinta ni. Entah berapa kali aku sebut perkataan BODOH, tapi memang banyak kali la aku ulang perkataan tu. Amik kau. Kan dah kena BODOH dengan aku.

"Ok2, aku terai"

Dia janji dengan aku untuk amik nasihat tu sebagai panduan. Beberapa lama selepas tu aku dapat tahu dia dah lupakan girl yang kecewakan dia dulu. Fuh! Hebat gak aku jadi Dr.Love. Hakhak.


Kalau korang...
Masih mengingat, mengenang, menginginkan dan MENCINTAI...
Ex-boyfriend/girlfriend korang YANG DAH TINGGALKAN KORANG, 
MAKA KORANG MEMANG BODOH!!!

Tambah-tambah lagi kalau ex korang tu dah ada pasangan lain, dah tunang atau dah kawen, maka korang DOUBLE, TRIPLE BODOH!!! Serius korang memang BODOH. Haishhh.

Pesal, marah ke aku cakap korang BODOH? Ape kau tak sedar kau BODOH? Nak aku ulang sekali lagi? Kau BODOH. BODOH. BODOH. BODOH. LOL.

Ok kalau ada sesape yang tak puas hati meh aku bagitau...

Ex kau TAK MAHU KAU, sebab tu dia tinggalkan kau. Kau faham tak? Ape pun alasan dia tinggalkan kau samada sebab kau hensem sangat atau kau kaya sangat dll, itu takde kena mengena. Yang nyata, dia tak mahu kau. Dia nakkan orang lain. Mungkin kau rasa dia bodoh sebab tinggalkan kau yang hensem dan kaya tuh,  ya, dia memang BODOH tapi kau lebih bodoh kalau masih inginkan dia. Faham??

Ex kau dah bahagia dengan pasangan baru, dah kawen dah atau dah ada anak pun, tapi kau siang-malam fikirkan dia. Kau terhegeh2 nak dia jugak. Orang kata 'hidung tak mancung, pipi tersorong2'. Sampai kau tutup pintu hati kau untuk orang lain walaupun ada orang cuba ketuk pintu hati kau. Kau degil. Bagi kau dialah satu-satunya yang kau cinta. KONON-KONON CINTA KAU SEJATI SAMPAI MATI. Ceh! BODOH bertingkat-tingkat kau ni. Kamon la. Wake up!

Aku paling sakit hati sebab orang yang macam kau ni tak reti TERIMA KENYATAAN, tak pandai REDHA, dan tak tahu erti BERSYUKUR. Kau kena faham semua ni ALLAH SWT yang aturkan. Jadi, terimalah kenyataan. Belajarlah redha sebab disebalik ujian ini ada rahmatnya. Cubalah bersyukur. Sekurang-kurangnya kau tahu rupa sebenar dia sebelum kau dibawa lebih jauh dengan angan-angan kau sendiri.

Belajarlah buka pintu hati untuk orang lain. Suatu hari nanti bila kau dah jumpa dengan orang yang benar-benar menghargai kau, baru kau tahu betapa BODOHnya kau selama ini. Rasa cinta itu anugerah ALLAH SWT. Belajarlah mencintai sesuatu tu pada tempatnya. Jangan jadi BODOH lagi k. Aku sayang kau orang semua sebab tu aku perlu bagitahu semua ni supaya korang tak terus jadi BODOH, buat kerja BODOH macam orang BODOH! Sape yang marah ngan aku tadi sila minta maaf sekarang. Hehe.

Ok, cukup aku membebel. Chowww!



#Aku pun pernah jadi bodoh juga macam yang aku tulis dalam entry ini tapi aku dah tak mau jadi bodoh dah. Heh.

8 comments:

  1. terima kasih kerana mnyedarkan saya .
    dia bodoh sbb tinggalkan org yg setia mcm saya .
    dan die bodoh sbb dpt awek lg huduh .
    kah3

    ReplyDelete
  2. haha, memang bodoh gila...best2..cam nak bg kat someone ja, haha

    ReplyDelete
  3. kdg2 Allah bg kite kenal dgn org yg bukan jodoh kite utk lengkapi diri kite dgn ilmu dan pengalaman hidup sblm kite bertemu dgn jodoh yg sebnrnye.ade hikmah tu.lgpon buat ape menagih kasih sayang ngn org yg xhalal buat kite. :D

    ReplyDelete
  4. nasihat ini untuk diri sendiri or orang lain?

    ReplyDelete
  5. huhuhu nasib dah berjaya lupe kan T_T

    ReplyDelete
  6. jom bce blog ak , br lg nie . hihi

    erm , mmg bodo pun kalau fikir semula ex2 yang dah tgallkan korg tuh . hahaha

    ReplyDelete
  7. itu namanya "setia" yang bodohnya awek dia tu... Hihi... dia tak bersalah sepatutnya dia perlu juga jaga hati dia. :)

    ReplyDelete

Awas! Dilarang menggunakan kata-kata kesat.