Tuesday, August 16

I Love My Ex-Boyfriend



8/8/2011-Isnin
Aku duduk di suatu ruang yang agak tersorok. Tiba-tiba aku rasa sebak sebab aku teringat  ex-boyfriend aku dan aku terus menangis. Aku harap takde orang nampak. Tapi dia dah perasan dari jauh. Dia datang menghampiri aku. Aku cepat-cepat tekup muka kat lutut.

"Kenapa ni?" Dia cuit bahu aku.
Aku cepat-cepat tepis. Benci betul laki suka-suka sentuh aku.
"Err sori"
Aku diam. Aku kesat air mata.
"Nape kau sedih?"
Aku geleng kepala. Dia pandang aku dengan penuh tanda tanya.

Dia cakap dia ada sesuatu nak bagitau aku, jadi dia minta no fon aku. Dia kata, dia kena cakap kat fon, baru dia dapat luah (err aku macam dah dapat agak). Aku cakap kat dia, henfon aku rosak. Aku tak tipu. Memang henfon rosak. Dalam hati aku lega tak payah bagi dia no fon aku. Kemudian dia minta emel Facebook. Aku bagi yang tipu punya. Ah jahatnya aku!





9/8/2011-Selasa
Akhirnya dia luah juga..
"Iza, aku cinta kau"
"Kenapa? Kenapa aku?"
"Sebab aku suka kau"
"Tak, aku tak boleh"
"Jangan bagi jawapan sekarang. Aku nak respon dari kau esok"




10/8/2011-Rabu
Aku seboleh-bolehnya menjauhkan diri dari dia. Aku tak nak bertegur dengan dia. Aku tahu dia selalu curi-curi pandang aku dari jauh.



11/8/2011-Khamis
Aku mengelak lagi. Kadang-kadang dia senyum kat aku tapi aku balas dengan senyuman pahit.



12/8/2011-Jumaat
"Iza, aku tengah tunggu respon dari kau"
"Respon ape?" Aku buat-buat tak faham.
"Kau faham maksud aku"
"Tak, aku tak faham"
"Aku tahu kau faham"
"Betul, aku tak faham la"
Dia berlalu pergi.



13/8/2011-Sabtu
Mungkin dia perasan, aku selalu menjauhkan diri dari dia. Aku memang mengelak dari bertentang mata dengan dia.

"Iza, kau marah aku?"
"Tak"
"Kau ok?"
"Ok. Kau?"
"Aku tak. Aku sedih kau tak terima aku"
"Aku tak boleh"
"Pleaseeeee"
"No"
"Pleaseeeeeeeee"
"No"

Sejak dari tu dia selalu cakap dia sedih, sedih, sedih dan sedih. Aku tak tahu nak buat macamana lagi. Aku tak cinta kau okey? I still love my ex.


Nota : Perbualan sebenar dalam Bahasa Inggeris
#Dear my ex-bf, I love you. I always do.

4 comments:

  1. knp ye klu msh suke tp tidak bersama n msh berharap bersama(soalan bodoh kan)? ini entery reality tp mcm berfantasi je =p

    apa2 pon nice story blh wat rujukan utk sy yg xpernh bercinta.kasihan gadis2 yg kecundang =)

    ReplyDelete
  2. Love and Have is just an infection, time will cure it

    ReplyDelete
  3. x paham.. kenapa kena syg ex bf?? erkk

    ReplyDelete
  4. kalu kita syg ex boifren...boifren skg ni cmna??

    ReplyDelete

Awas! Dilarang menggunakan kata-kata kesat.