Tuesday, August 16

Gua dan Telefon Tangan



Sudah dua minggu berpuasa, maka bersamaan la dengan umur handphone gua rosak. Selama dua minggu ni memang gua tak pakai telefon.

Tapi gua takdek hal. Sebab henpon gua tu fungsinya untuk alarm je. Selain dari tu henpon gua memang jarang berbunyi sebab takde sape nak contact pun. Orang takde boyfriend macam ni la. <--- Ayat minta simpati

Sebenarnya kalau gua terus tak pakai fon sampai bila-bila pun tak jadi masalah bagi gua, tapi mungkin jadi masalah bagi orang lain contohnya bakal boyfriend gua sebab tak dapat contact gua. Huahuahua. 

Gua ni sebenarnya bukan jenis yang suka balas mesej atau jawab kol. Lagi-lagi nombor yang gua tak kenal. Memang nasib lu baik la kalau gua jawab. Bayangkan, orang yang gua kenal pun gua tak suka jawab, apatah lagi yang gua tak kenal. So lu pikir la sendiri kan. 

Orang yang biasa contact gua dia akan faham. Gua akan balas atau jawab bila gua suka je. Memang haram perangai gua ni. Baru korang tahu kan? Tapi gua pelik, ada juga yang tak pernah putus asa mesej gua beratus kali walaupun gua tak pernah jawab. Gua suka orang yang tak kenal erti putus asa. Tapi gua rasa orang macam ni, bukan tak putus asa, tapi tak reti bahasa. Ops terlebih sudah. Haha.

Gua bukan berlagak ke hape sampai taknak jawab mesej atau kol lu orang, gua cuma tak minat kecuali lu boyfriend gua. Hehe. Gua memang malas nak taip-taip ni. Sebenarnya gua lagi senang kol terus. Tapi masalahnya pulak gua tak suka borak-borak kosong. Biasanya orang yang kol gua sebab nak sembang-sembang kosong je, bukan ada hal penting pun, sebab tu gua tak suka jawab. Ok tak alasan gua?

Ok. Lantak lu orang la nak marah ke ape. Gua punya telefon gua punya pasal la. Boleh tak macam tu? Sekali lagi perangai gua memang haram. Haha.

Abaikan gambar kat skrin henpon tuh #pesanan  penaja


Tada! Lu orang nampak tak gambar henfon kat atas ni? Kalau tak nampak konfom lu anak haram. Err yang haram tu bukan gua ke? Ok. Kalau lu orang nak tahu, ni la henfon baru gua. Sebelum ni gua guna henfon Nokia X3. Kalau tak tahu dan kalau nak tahu, sila Google okeh.

Kata lu orang : Eleh tadi kata bole hidup tanpa henfon bagai, tapi baru dua minggu je pun dah dapat henfon baru. Cakap tak serupa bikin betul la.
Kata gua : Kan dah bagitau tadi gua memang haram. Kahkahkah.


Sebenarnya henfon nih gua dapat free selepas gua berjaya memujuk, merayu dan membodek adik laki gua. Setelah menggunakan segala skill menggoda yang gua ada, akhirnya henfon ni jatuh kat tangan gua jugak. Hehe. Ok, gua tahu lu orang nak kata gua kakak haram. Apa ade hal? Ada gua kesah? Haha.


Walaupun henfon ni tak la secanggih iphone atau blackberi korang tuh, gua tetap hepi sebab dapat henfon free. Kau ado? 






#Maaf kalau gua terkasar bahasa

3 comments:

  1. hahahaha.. ayat2 cam nak cari gaduh jer derrrr... kecik besar kecik besar jek waaa tgk.. hehe.. =p

    ReplyDelete
  2. good, gaya selamba mcm ni la. Letak la plak iklan. =)

    ReplyDelete
  3. Along : Gua memang dah lama tak gaduh ni. Haha.

    Lan : Tenkiu. Iklan bakal menyusul :)

    ReplyDelete

Awas! Dilarang menggunakan kata-kata kesat.